31.1.13

[tourismindonesia] Menjadi pemandu pelancong di Bali

Menjadi pemandu pelancong di Bali


January 28, 2013

28 JAN — Sedar tidak sedar sudah 9 bulan saya menetap di bumi Bali, 6 bulan pada trip pertama dan 3 bulan pada trip kedua. Sudah semestinya banyak sisi Bali yang dipelajari, positif dan negatif. Bagi banyak orang, Bali adalah pulau syurga dan begitulah saya melihatnya sampai detik ini.

Satu hal pasti syurga bagi saya belum tentu dikongsi sama individu lain. Bali seperti belahan dunia lain punya sisi syurga beragam; cukup adil dicipta Tuhan untuk dinikmati para penggemar budaya tradisinya, laut, gunung, tasik, wanita, hedonisme, makanan dan banyak lagi.


Mendukung ekonomi desa dengan mendaki Gunung Batur.
Perjalanan 9 bulan memberi banyak erti dalam berhenti sejenak melihat hidup sambil berjalan-jalan mengelilingi syurga ini. Berkat jaringan yang dicipta beberapa tahun dahulu bersama seorang aktivis di Bali bernama Ngurah Termana, saya sempat memanfaatkan keberadaan di sini bekerja sambilan sebagai pemandu pelancong bahkan kadangkala pemandu kereta.

Berawal dari sembang kosong, idea mencipta sebuah agensi pelancongan menjadi realiti meski bentuknya lebih mirip kepada komuniti pelancongan. Kenapa komuniti? Alasannya mudah. Kami berdua adalah pelancong dan pengembara yang suka berjalan-jalan dan tahu benar seperti apakah agensi pelancongan itu yang bermentaliti wang dan wang. Tidak pula bermaksud mengecilkan peranan wang, namun menghargai pelancong sebagai manusia jauh lebih bererti daripada sekadar komoditi. Maka dari situ lahir ungkapan, dari pelancong untuk pelancong.

Komuniti pelancongan yang kami cipta diberi nama Alternative Tourism Bali yang memfokuskan kepada sisi alternatif Bali di samping tidak melupakan sisi mainstream yang sudah terbentuk sekian lama. Hasrat ini timbul setelah melihat betapa ramainya pelancong yang berkunjung ke sini tetapi tidak menyedari kedatangan mereka tidak memberi impak secara langsung kepada kehidupan masyarakat Bali, malah menyumbang secara tidak langsung kepada kerosakan Bali.

Di syurga ini, sudah menjadi pengetahuan umum bahawa kebanyakan hotel berbintang dimiliki oleh orang asing terutama yang tersergam megah di daerah elit bernama Nusa Dua. Bukan menolak pembangunan dan orang asing, tetapi tatkala keadilan sosial dipinggirkan seperti membayar gaji yang rendah, bersikap rasis terhadap yang lemah dan sebagainya, sudah cukup ramuan untuk mengambil sikap melawan.


Tebing di Pantai Selatan Bali.
Sudah lumrah di villa-villa megah di Seminyak dan Ubud, sedang tetamunya asyik menikmati kolam renang dengan pemandangan sawah yang indah, tidak jauh berjiran penduduk-penduduk kampung menghadapi masalah kekurangan air. Banyak pemilik villa yang majoritinya orang asing beroperasi secara haram dengan menyewakannya secara diam-diam kepada pelancong dari negara asal pemilik sekaligus tidak menyumbang kepada pendapatan desa setempat.
Contoh-contoh ini hanya serba sedikit dari kerosakan yang dicipta industri pelancongan yang tidak bertunjangkan kemanusiaan dan alam. Memang sukar untuk melawan kaum kapitalis penindas yang di mana-mana mempunyai beribu alasan untuk mewajarkan penindasan. Meski usaha ini masih kecil, setidak-tidaknya ini langkah awal dalam mengatur industri pelancongan di Bali untuk beralih kepada suatu sistem yang manusiawi dan berkelanjutan buat generasi akan datang.

Sudah ratusan pelancong kami layani dan majoritinya dari Malaysia dan sisanya dari Singapura, Brunei serta Indonesia sendiri. Menjadi kepuasan tersendiri apabila didedahkan dengan fakta-fakta yang jujur tentang kondisi Bali, mereka menghargai dan merasa lebih peduli untuk menjaganya. Buat saya, melihat dunia dan menjaganya jangan sesekali menggunakan batas negara sebagai neraca. Indonesia itu saya, Malaysia itu saya dan dunia itu saya.

Bagaimana untuk menjaga Bali? Sebenarnya mudah, mulakan dengan hal-hal kecil seperti menahan diri daripada menginap di hotel berbintang lima di Nusa Dua dan di bahagian Bali lainnya sebaliknya pilihlah hotel-hotel milik orang tempatan atau homestay yang disediakan penduduk desa. Jika tidak mampu melawan nafsu fasiliti yang disediakan, hindari restoran-restoran mahal dengan menikmati hidangan di warung-warung kecil dan sederhana. Jika tetap gagal, paling tidak berbicaralah dengan para pekerja dan tanyakan kebajikan mereka supaya timbul rasa untuk melakukan sesuatu yang positif.

Sudah setahun beroperasi banyak yang dipelajari dan satu hal pasti, komuniti pelancongan ini akan terus bertahan dalam perjuangan panjang mengkedepankan kemanusiaan berbanding rupiah, ringgit dan dollar. Menjadi bahagia itu sederhana, berbagi sesama dan menolak haloba.

* Ini adalah pandangan peribadi penulis.

http://www.themalaysianinsider.com/opin ... g-di-bali/



------------------------------------

Ingin bergabung? Kirim email kosong ke: tourismindonesia-subscribe@yahoogroups.com

Klik:

http://tourismindonesia.blogspot.comYahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/tourismindonesia/

<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/tourismindonesia/join
(Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
tourismindonesia-digest@yahoogroups.com
tourismindonesia-fullfeatured@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
tourismindonesia-unsubscribe@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

Tidak ada komentar: